Friday, March 25, 2011

macam2 apam yg sedap

time mengapam pulak....semua resepi apam2 ni kh rujuk kat myresepi..memang sgt kena berterima kasih pada semua yg menyumbangkan resepi kat situ...kredit habis....semuanya mudah utk disediakan dan rasaya sedap.....tahan pulak tu...kalau takat sehari x jadi apa2...x basi ler...tahan daulat....nak bawa utk perjalanan yg jauh elok la buat apam2 ni....cantik,menawan dan tentunya gebu san enak....




Apam Gula Hangus
apam ni kak besah dari myresepi yg empunya
Bahan-bahan


1 cawan gula - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
3 biji telur
3 cawan tepung gandum
2/3 cawan sanpan ...leh guna susu cair or segar
1 sudu makan soda bicarbonate.

Cara-cara

1- masak gula hangus.bila dh jadi,tutup api.semasa masih panas,masukkn majerin kacau hingga majerin cair & ketepikan.

2- putar gula bersama telur sampai kembang

3- tepung diayak bersama soda...ketepikan

4- dlm adunan masukkan bahan no 1 tadi

5- dengan kelajuan minima masukkan santan dan tepung hingga habis ...sebatikan....masukan dalam acuan apam dan kukus hingga masak...kh guna acuan lompang
panas kan air dalam pengukus.sementara tu sapu majerin dalam acuan.masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) bila air kukusan mendidih kukuslah apam selama 15 minit.




Apam Mekar


Bahan-bahan,

200 gm gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar/cair/santan
300 gm tepung gandum
1 sudu makan ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara

1-Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.

2-Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.

3-Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.

4-Masukkan ovallate dan pukul lagi.

5-Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.

6-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).

7-Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.

8-Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).

9-Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.

10-Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).





Apam Palkadot
resepi ni disumbangkan oleh lyne kat myresepi


Bahan-bahan


3 biji telur
275 gm tepung gandum
200 gm gula halus
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla

Cara-cara ,

1- Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu, ovellette, esen vanilla dan pukul lagi. Sambil2 itu masukkan tepung sedikit demi sedikit.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa  


2-Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

3-Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik

4-Picitkan blueberry filling secukupnya

5-Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan

6-Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit

7-Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah

8-Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Selamat Mencuba :)

(cara org malas..... kh buat masukkan semua bahan dlm mixer dan pukul hingga kembang...alhamdulillah masih jd cantik dan gebu tp kalo x yakin usah cari jalan singkat...heheheh cam kh ya)

faux cake lagi

tengah menggila membuat kek tipu2 ni maka berderetlah terhasil....asalkan rajin ada semua bahan maka apa lagi tersusun atas meja...




Wednesday, March 16, 2011

FAUX CAKE / KEK TIRUAN

faux cake ...kek tiruan yg saling tak tumpah kek sebenar sehingga anak pon terambil nak makan...heheh...sesuai untuk dijadikan hiasan atas meja makan,dialmari dapur...atas peti ais atau mana2 yg dirasakan sesuai....sapa2 nak belajar boleh kontek hanaz...





menuntut ilmu faux cake dengan sifu Kak Zatie di Pekan ...(Zatie Dhati)...best...tq kak..