Monday, April 11, 2011

ikan kukus ulam herba

Rajin pulak mengupdate ni....dok saja2 kat umah hari ni tanpa lakukan apa2 memang membosankan....sementara tunggu nak pi ambik anak kat sekolah sempat la menulis apa yg patut kat sini....semalam dah x tau nak masak pa...ikan kembung fresh punya beli kat pasar asyik goreng,kari pon boring gak so sesekali kukus dgn ulam-ulaman yg ada ditanam keliling umah ni best jugak...dan ini bukan kali pertama ye...memang berkali2 dah buat ...pertama kali buat masa dok kota tinggi dulu...semua sayur ada ditanam keliling umah ja...nak buat terus je petik...sama la dgn sekarang walau x byk sgt tp yg pastinya x payah nak membeli kalau setakat 4 org makan ni....


jom tgok apa yang kh letak dgn ikan tu...

Ikan Kukus Ulam Herba

4 ekor ikan kembung
utk ulamnya letak ikut byk mana kita nak x der hal nya janji muat dulang pengukus...kh letak
daun pudina
daun kesom
pegaga
ulam raja
pucuk ubi
daun kunyit

utk sambalnya,kisar semua

20 biji cili padi(suker sgt pedasss)
2 inci belacan
1 labu bawang besar
1 biji buah tomato
5 batang serai
seketul kunyit hidup(buh kunyit serbuk boleh aja)
segenggam kelapa parut
garam secukup rasa
gula sikit
air asam jawa


caranya,

separuh ulam ulaman kita lapik bahagian bawah kat dulang tu...pas tu letak ikan dan letak sambalnya kat atas ikan tu...kalu nak kuning boh kunyit serbuk sikit leh la...kunyit kh muda sgt ...x brapa kuning...yg serbuk lak tgok2 habis la pulak....adoiii




letak kembali ulam kat atas ikan meliputi semuanya dan tutup dgn aluminium foil utk elakkan air kukusan masuk...nanti x pasal2 kuah penuh dulang ..hilang rasa pulak kan




lepastu kukus la sampai masak...kh kukus dalam 20-25 minit ada la kot...mak aiii sedap makan dgn nasik tanpa lauk lain dah...

penah kh buat letak bunga kantan yg diracik halus,daun limau purut....ada sekali buat x dak ulam sgt kh letak daun mengkudu tp sapa yg x suka pahit2 tu x dapek la nak tolong...heheh....semuanya ikut kreativiti kita dan yg pastinya ni adalah salah satu menu sihat...tanpa setitik minyak pon.......

selamat mencuba utk sesiapa yg berkenan dgn menu ni.....



No comments:

Post a Comment