Sunday, March 14, 2010

donat,sagu mutiara kasih dan kaipap ayam


Anak kh abg we sibuk nak makan donat...katanya dah lama x buat...kali nih kh buat resepi dari my resepi yg disumbangkan oleh ha sue...tqvm dik...sedap

DONAT


Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) )


500g Tepung Berprotein Tinggi (guna tpg gandum pun ok)
1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
50g Marjerin
1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]
1 Biji Telur
1/2 Sudu Teh Garam
Gula Halus atau topping kegemaran anda
190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

1- Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,
susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.

2- Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan.
Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3- Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau
satu arah je mggunakan sudu).

4- Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan
tangan. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu
semua bersih).Doh dah siap.


5- Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh
terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan
agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..
Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan
api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.

6- Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak
hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab
donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)


7- Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula
halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA..


*kh buat dapat byk...goreng sikit jer utk makan...yg selebihnya goreng separuh masak bekukan...

ni lak opis asben order ....sagu mutiara kasih...panas-panas gini memang sodap....resepinya kh ambik kat majalah lama yg menjadi koleksi kh...byk cara boleh buat dan senang ...mudah...save bajet....

SAGU MUTIARA KASIH,



(kh buuat x4)
utk sagu,
2 cawan sagu
1 liter air
1 helai daun pandan
pewrna ikut suka

caranya

1- didihkan air dgn daun pandan,masukkan sagu dan pewarna....kacau hingga sagu masak(dah x nampak bintil2 putih)
2- masukkan dlm tapis dan basuh dgn air sejuk...toskan sebentar
3- masukkan dalam acuan dan sejukkan dlm peti sejuk

utk gula,
1 ketul gula kabung
1 sudu besar gula merah(saja nak bg itam sikit)
1 helai daun pandan
1 cawan air


caranya...masak jer semua hingga betil2 cair ...tapis dan sejukkan


utk santan,
1 biji kelapa
2 cawan air
secubit garam

caranya...campurkan semua dlm pengisar...kisar sebati...tapis...
(kh kekadang dah malas makan dgn susu jer)

utk hidangan mutiara kasih,
letakkan sagu,sedikit gula melaka dan santan.dan kalu suka letak air batu sikit...fuhhhh..memang berbali2 dan tekak pun dingin jer

dan ni pulak karipap yg turut diorder .....kh buat karipap berinti ayam seperti yg diminta....bentuk tetap bulat....

KARIPAP AYAM


Bahan-bahan ( 30-40 pcs ikut saiz)

Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
2 keping dada ayam ayam dipotong dadu
2 biji bawang besar di potong dadu
1 peket kecil rempah daging/ayam
1 sudu besar serbuk cili (kalu nak pedas)
3 tangkai daun kari
1 kiub pati ayam
2 sudu kecil gula
garam secukup rasa
3-4 cawan air
1 biji telur
3 sudu besar minyak


Doh Karipap :


500 g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil garam
100 g lmentega @ marjerin.(sebaiknya sejuk sikit)
250 ml air dari peti sejuk

Minyak untuk menggoreng


Cara-cara Inti :

1- Panaskan minyak dan masukkan semua bahan....masak hingga kering...jika kentang nampak tidak berapa lembut tuh masukkan sikit air lagi...masak hingg a.kering

2- bila kering tuh pecahkan telur...kacau rata....angkat sejukkan sebelum guna....

* senang jer kh biut...campak semua dlam kuali...tunggu masak...cukup masin manisnya....siap*


utk Doh,

1- Masukkan tepung dalam mangkuk.(kh guna mixer jer sebab senang)
2- masukkan mentega/marjern dan garam..Gaul hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari.
3- Masukkan sedikit sedikit air dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh.
4- Rehatkan doh 1/2-1 jam. (kh bungkus dgn plastik dan masukkan dlm petia ais bahagian bawah
5 - Bahagikan doh menjadi bulat2 kecil agar mudah nanti....canai doh yg dah kita bulatkan....setiap biji karipap 2 keping diperlukan....ambil satu keping doh letak inti dan tutup dgn sekeping lagi...kelim membulat...kemaskan untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
Ulangi proses hingga habis.
6- Goreng dlm minyak yg buk atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan

ni pulak lebih inti sikit n doh sikit wat utk makan tp dah malas nak membulatkan so wat cam biasa ja


No comments:

Post a Comment