Thursday, March 25, 2010

pai tee

ASSALAMUALAIKUM

beberapa hari yg lalu jalan2 ke fp marlida tgok ida buat pai tee.....sebenarnya kh dah penah cuba buat tahun lepas bila kh beli acuan kat yen...tp lekat pula adunannya kat acuan....kali ke 2 buat pun sama....mak kh cakap suruh rendam acuan tuh dgn air asam dulu pas tu buat bali......ni kita kali ke 3 la buat....semalam kebetulan ida tel kh nak tanya pasal noozle kek ....kh pun ambik kesempatan tanya ida pasal pai tee tuh....
mugkin adunan yg kh guna salah satu sebab mengapa ianya lekat....dan ida bgtau lap sikit minyak bahagian bawah acuan sebelum celup dlam tepung....kh buat dan memang berbaloi....mula2 1,2,3,4, lekat la...tp lama2 sikit dan seterusnya langsung x lekat....
senang dan seronok lak buatnya sapai dapat hampir seratus bakul kecil pai tee.....
tq ida....resepi pun kh guna resepi yg ida letakkan kat fp ida.....emmm...rangup sgt....
nanti nak beli satu lagi acuan utk mak kh....mak pun suka pai tee nih....







PAI TEE



sumber: koleksi resepi @ marlida fp....tq

Bahan-bahan
Untuk kulit:
1) 100 gram tepung ubi
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya(lebih kurang 300 ml)
6) ½ sudu teh garam
7) minyak masak yang banyak(untuk goreng)


Untuk kulit:
1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan
gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula kedalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.


Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos serta taburan kacang goreng.

Untuk inti :
1) 2 sudu minyak masak
2) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
3) ½ biji sengkuang
4) 1 batang lobak merah
5) 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
6) 100 gram isi ayam/ udang. (cincang halus)
7) 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
½ sudu teh garam

Untuk inti :
1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.

TIPS PENTING UTK BUAT KULIT PAI TEE
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru

wassalam...jumpa lagi.....

4 comments:

  1. hai kh..

    senang upenya wat pai tee ni yerk..cam wat kuih loyang ja..baru sy tau acuan tu tuk pai tee..

    ReplyDelete
  2. ya chyn.....memang mudah sebenarnyer wat pai tee nih cuma x tahan panas jer.....buat byk2 simpan ...nak makan baru buh inti...sodap...papun tq sebab sudi lawat blog kh ya

    ReplyDelete
  3. Mana nk dpt acuan pie tee ni ea?? Sy duduk kt Mnjung Perak..

    ReplyDelete
  4. cuba cari kat kedai cina berdepan dengan bsn sitiwan...

    ReplyDelete